Kanser: Statistik Kematian - Kanser - antara punca, penyebab, kos serta cara yang biasa diguna bagi merawatnya.

Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pembelian melalui sistem ecommerce rasmi atau Whatsapp HQ: 010-902 7915
|
Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Statistik kematian kanser
Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025 jika tiada tindakan diambil. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada, walaupun ada yang menyatakan kaedah moden sahaja sudah mencukupi, namun statistik kematian menunjukkan sebaliknya.


Gambarajah statistik kes kanser di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 2012, jumlah kematian akibat kanser di Malaysia adalah purata 59 orang sehari, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat walaupun kebanyakkan pesakit telah dirawat menggunakan kaedah paling moden di pusat rawatan yang paling canggih. Persoalannya sekarang, tidak adakah kaedah lain untuk merawat sekaligus mengurangi jumlah kematian ini? Jawabnya ada, walaupun berkesan namun kaedah ini tidak diiktiraf.

Pada tahun 2015 pula, kanser menyumbang kepada 13.56 peratus jumlah kematian dan berada di tangga ke tiga carta kematian di hospital kerajaan, manakala ianya berada di tangga kedua di hospital swasta dengan jumlah kematian sebanyak 25.58 peratus. Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita. Secara purata, terdapat 14.1 million kes direkodkan pada tahun 2012 di seluruh dunia, dan ianya meningkat sebanyak 11% setiap 4 tahun. Kanser merupakan antara penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 8.2 million kematian yang dicatatkan pada tahun 2012 secara keseluruhan. Di Malaysia, kanser payudara merupakan penyebab tertinggi kematian di kalangan wanita, manakala kanser paru-paru serta prostat pula merupakan penyebab utama kematian di kalangan lelaki.


USM temui Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Keladi tikus: sebuah harapan
Herba Keladi tikus yang tumbuh di sekitar asia tenggara merupakan sejenis herba yang kurang dikenali, tidak seperti tongkat ali atau gingseng namun ia mempunyai kekuatan yang sangat tinggi terutamanya di dalam merawat kanser dan luka dalaman. Tumbuhan ini pada asalnya hanya digunakan oleh pengamal perubatan tradisional sebelum diperkembangkan penggunaannya oleh Prof K.H Teo dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kandungan sebatian aktif seperti alkaloid, termasuk Ribonsome inactivating protein yang ada padanya menjadi antara penyebab utama tumbuhan ini mampu merawat kanser sehingga ke dalam akar sel. Penggunaannya bukan sahaja sekadar di Malaysia malah ianya telah mula mendapat perhatian negara-negara di sekitar asia tenggara seperti Brunei dan juiga Singapura.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content