Kelebihan Biji Aprikot Pahit - Kanser - antara punca, penyebab, kos serta cara yang biasa diguna bagi merawatnya.

Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pembelian melalui sistem ecommerce rasmi atau Whatsapp HQ: 010-902 7915
|
Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Aprikot (Prunus armeniaca) merupakan tumbuhan yang berasal daripada keluarga Rosaceae yang banyak ditanam di Turki dan juga India. Selain dari buahnya yang sedap, bijinya juga diekstrak dan digunakan di dalam banyak produk makanan dan juga kesihatan, ini termasuk pada minyak wangi, syampu dan juga ubat-ubatan. Biji aprikot kaya dengan minyak dan ianya merangkumi 50% daripada keseluruhan kandungan, selain itu ianya juga mengandungi asid lemak yang sihat seperti linoleat (linoleic) serta asid oleik (oleic acids). 25% daripada kandungan biji aprikot adalah protein yang kebanyakkannya adalah albumin. Biji aprikot mengandungi amigdalin (vitamin B17) yang tinggi dan ianya merupakan enzim paling penting yang terkandung padanya.

Vitamin B17
Terdapat kajian In Vitro yang melaporkan bahawa ekstrak daripada biji aprikot pahit memiliki sifat antioksidan, antimikroba serta antitumor. Pada kajian ini menyatakan bahawa ekstrak daripada biji aprikot pahit dapat mencegah pertumbuhan sel kanser payudara, kanser perut (kolon) serta hepatoselular (kanser hati) yang ada pada manusia. Kandungan amigdalin yang terdapat di dalam biji aprikot dapat merencatkan pertumbuhan dan boleh menyababkan apoptosis (kematian sel) pada kanser hati dengan menghalang kitaran sel. Dos yang dicadangkan pula adalah tidak melebihi tiga biji sehari bagi lelaki dewasa dan dua biji setengah bagi wanita dewasa, namun ianya juga bergantung kepada berat badan individu. Ibu mengandung, menyusu serta kanak-kanak tidak disarankan menggunakan biji aprikot.

Biji aprikot kaya dengan asid lemak yang penting bagi kesihatan kita, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak secara semulajadi, oleh itu asid lemak biasanya didapati melalui pemakanan. Biji aprikot mengandungi Asid linoleat (omega 6) dimana asid lemak jenis ini memainkan peranan penting pada fungsi otak, pertumbuhan serta perkembangan tubuh, ianya juga merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengatur metabolisma, menjaga kesihatan tulang dan menyokong sistem pembiakan. Terdapat pandangan bahawa asid lemak jenis ini memiliki sifat antioksidan. Menurut National Institute of Health, minyak biji aprikot mengandungi sejumlah vitamin E yang tinggi yang juga bersifat antioksidan.

Bagi pesakit gout, selain dapat mengurangi rasa sakit, pengambilan kapsul TF Plus dengan dos 3 biji setiap hari dapat mengurangi paras asid urik di dalam darah sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat hospital. Penggunaan TF Plus secara berterusan dapat mengembalikan kadar asid urik ke tahap normal.


Biji aprikot mengandungi kandungan amigdalin yang tinggi

Mengandungi amigdalin
Kandungan amigdalin yang terdapat pada biji aprikot telah diuji pada seekor tikus makmal, hasilnya jelas menunjukan tikus tersebut mempunyai daya tahan terhadap sel kanser yang lebih tinggi berbanding tikus yang tidak diberi ekstrak biji aprikot. Amigdalin tidak hanya terdapat pada biji aprikot sahaja, malah ianya juga boleh ditemui dalam biji buah lain juga termasuk biji epal, ceri, serta plum namun pada dos yang lebih rendah. Apabila seseorang mengambil amigdalin, ia akan berubah menjadi sianida di dalam badan seseorang. Sianida merupakan bahan kimia yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia selepas pengambilan amigdalin, dengan dos yang bersesuaian, ia mempunyai potensi mematikan sel kanser dan ia mampu melindungi sel normal yang masih belum terkena serangan.

Apa-apa jua perkara di atas dunia ini akan memudaratkan jika digunakan secara berlebihan, meminum segelas air akan menghilangkan dahaga namun meminum sebaldi air akan membunuh, begitu juga dengan ubat-ubatan, ianya perlu kepada dos yang tepat bagi merawat penyakit yang ada. Penggunaan biji aprikot sebagai rawatan memerlukan kepada dos yang bersesuaian, dan dos yang disarankan bagi biji aprikot berkualiti tinggi adalah tidak melebihi 4 biji kapsul sehari, ini bagi memastikan sianida yang terhasil dalam kuantiti yang kecil ini dapat memerangi sel kanser pada kadar yang efektif.


Keratan Utusan Malaysia, 17/8/1998 Arkib negara.
Kredit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Biji aprikot gabungan Keladi tikus
Terdapat beberapa kaedah perubatan bagi merawat kanser secara semulajadi, antaranya adalah dengan menggabungkan beberapa jenis herba yang memiliki kandungan antikanser yang tinggi, salah satu kaedah adalah dengan menggunakan biji Aprikot yang digabungkan bersama dengan Keladi tikus matang, dan dengan formulasi ini pengguna tidak lagi perlu lagi mencari sukatan yang bersesuaian kerana dos yang disarankan sudah memenuhi tahap keperluan tubuh seseorang, samada untuk merawat mahupun pencegahan. Rumusan ini terhasil selepas rujukan keatas beberapa jurnal perubatan, termasuklah mengambil kira pengalaman daripada pengguna yang telah sembuh sepenuhnya selepas menggunakannya, menunjukan bahawa gabungan herba Keladi tikus dan biji Aprikot yang dihasilkan ini memiliki tahap keberkesanan yang amat efektif dan menyeluruh, terutamanya untuk tahap tiga dan empat.

TF keladi tikus gabungan biji aprikot, mengandungi gabungan herba pada kadar yang paling efektif, penggunaannya bukan sahaja dapat mencegah malah ia turut digunakan untuk merawat sel yang telah dijangkiti. Biji aprikot yang terdapat padanya merupakan biji aprikot pahit bergred perubatan, ianya dipilih berdasarkan kandungan minyak yang terbaik sebelum dikapsulkan, pemilihan herba Keladi tikus pula dibuat dengan tiga ciri utama, bermula dengan pemilihan herba matang, berumbi tegap sehinggalah kepada pokok yang memiliki berat melebihi 50mg setiap satu menjadikan TF Keladi tikus plus Aprikot keluaran Berkat Herba Nusantara ini mempunyai kualiti yang amat tinggi dan sangat terjaga. Keluaran asli ini mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak untuk memudahkan pengguna membuat semakan.

Back to content