Kelebihan Sacha Inchi - Kanser - antara punca, penyebab, kos serta cara yang biasa diguna bagi merawatnya.

Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pembelian melalui sistem ecommerce rasmi atau Whatsapp HQ: 010-902 7915
|
Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan biji-bijian boleh dimakan yang kaya dengan asid lemak omega-3, omega-6, protein, beta-sistosterol dan juga beberapa jenis vitamin termasuk vitamin E. Berasal dari Peru, Sacha Inchi ini turut dikenali dengan nama Sacha Nut, Forest Nut dan juga Incha Nut.

Minyak daripada kacang Sacha Inci ini mempunyai komposisi asid lemak yang sama dengan biji rami, ia merupakan sumber dari tumbuhan yang kaya dengan ALA (Alfa Linoleic Acid) selain turut kaya dengan asid lemak. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Agriculture and Food Chemistry mendapati bahawa serbuk Sacha Inchi juga mempunyai kandungan tryptophan yang tinggi, dimana ianya merupakan asid amino yang penting di dalam penghasilan serotonin (bahan kimia sistem saraf yang mengawal selera makan) Biji Sacha Inchi yang padat dengan nutrisi ini biasanya akan dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan, disamping itu, minyak yang diperah daripada bijinya pula akan digunakan sebagai makan tambahan (supplement)


Bentuk seakan-akan bunga lawang, setiap biji Sacha Inchi mempunyai 4 hingga 7 kelopak

Kegunaan
Sacha Inchi mempunyai rasa seperti kacang apabila dibakar dan boleh diambil sebagai snek atau ditambah ke dalam pelbagai hidangan. Kaya dengan asid lemak asli dan protein omega-3 berasaskan tumbuhan, ia merupakan tambahan biasa kedalam diet vegetarian. Sacha inchi ini biasanya dipasarkan sebagai makanan super yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Sesetengah berpendapat bahawa pengambilan Sacha Inchi ini boleh membantu mengurangkan lemak berlebihan pada perut dan menggalakkan penurunan berat badan, selain itu, Sacha Inchi dikatakan dapat melawan kemurungan, mengurangkan tahap kolestrol, mencegah penyakit jantung dan membantu didalam pengurusan diabetes. Minyaknya pula digunakan secara sapuan untuk penjagaan kulit dan juga rambut. Kegunaan Sacha Inchi bagi merawat beberapa jenis penyakit kronik adalah terhad, ini mungkin disebabkan oleh kekurangan zat protein yang dapat membantu merawat penyakit, walau bagaimanapun penggunaan Sacha Inchi ini dilihat lebih berkesan jika digabungkan bersama dengan beberapa herba bermutu tinggi yang lain, seperti keladi tikus.

Keladi tikus
Herba keladi tikus merupakan tumbuhan semulajadi yang dapat merawat beberapa jenis penyakit kronik, termasuk kanser, Keladi tikus ini mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan dapat mengurangkan penghasilan radikal bebas di dalam tumbuh, selain itu, ia mengandungi Ribosome Inactivating Protein yang hadir secara semulajadi di dalam tumbuhan ini yang mampu menghalang sel kanser daripada terbentuk dan berkembang. Penggunaan herba Keladi tikus mampu mengaktifkan mekanisma pertahanan semulajadi tubuh di dalam melawan kanser, penggunaannya secara berterusan pula dilihat dapat mencegah serangan kali kedua yang biasanya terjadi pada pesakit tahap 3 ke atas.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis serta jurnal rasmi sila klik di sini

Keladi tikus yang memiliki khasiat anti kanser ini biasanya tumbuh di beberapa kawasan di asia tenggara seperti di Myanmar, Laos, Bangladesh, China, bahagian Utara Australia, Indonesia dan juga Malaysia, manakala pokok yang tumbuh di Malaysia ini merupakan antara yang terbaik kerana ianya menerima pencahayaan yang mencukupi selain kandungan nutrisi semulajadi yang tinggi di dalam tanah. Kajian yang dijalankan oleh beberapa buah universiti tempatan dan luar negara mendapati herba keladi tikus sangat berkesan bagi merawat beberapa jenis kanser ganas, termasuklah kanser payudara dan juga leukemnia.

Penggunaan herba keladi tikus tidak hanya digunakan untuk  merawat kanser sahaja, malah ia turut digunakan sebagai langkah pencegahan, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keturuan penyakit ini. Penggunaan herba keladi tikus asli ini berkesan mengurangkan risiko serangan kanser berulang sehingga 93%.

Sacha inchi menyokong kondisi dan emosi pesakit manakala keladi tikus pula merawat sel kanser yang terjejas terus dari dalam sel.

Back to content