Leukemia
Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang terhasil di dalam tulang sum-sum. Leukemia dikategorikan sebagai kanser malignan. Pada asasnya, leukemia melibatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang tidak normal, darah putih digunakan sebagai agen bagi melawan penyakit - namun tidak pada leukemia, sel darah putih tidak berfungsi seperti biasa menyebabkan wujudnya kesukaran pada tubuh bagi melawan jangkitan penyakit, mengawal pendarahan serta pengangkutan oksigen di dalam darah.
Terdapat pelbagai jenis leukemia, ini bergantung kepada tahap kecepatan penyakit ini berkembang dalam tubuh seseorang dan jenis-jenis sel yang dihasilkan. Jika leukemia itu berkembang dengan cepat, ianya dipanggil dengan leukemia akut (acute leukemia) hal ini akan membabitkan sejumlah besar sel-sel leukemia berkumpul dan berkembang dengan cepat pada tulang sumsum yang akan membawa kepada gejala seperti keletihan, mudah lebam serta mudah mendapat penyakit. Leukemia akut memerlukan rawatan yang segera dan agresif.
Mengikut statistik yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, setiap tahun terdapat kira-kira 54,000 kes baru leukemia dan 24,000 kematian akibat leukemia dicatatkan. Kes di mana leukemia kembali menyerang pula adalah 3% daripada keseluruhan kes yang direkodkan. Kebanyakkan daripada mereka yang disahkan mengidap leukemia berumur lebih dari 50 tahun.
Gejala leukemia
- Pembekuan darah yang sangat perlahan - Apabila kebanyakkan daripada sel darah putih yang biasanya digunakan sebagai agen pembekuan darah terpisah daripada platelet darah merah, maka pembekuan darah tidak dapat dijalankan dengan sempurna menyebabkan jika pesakit itu luka, maka luka tersebut akan lambat sembuh. Pesakit juga mudah lebam serta senang mengalami bintik-bintik merah pada kulit.
- Sistem imun yang terjejas - Apabila sel darah putih yang sepatutnya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit sudah tidak berfungsi dengan betul, pesakit mungkin akan mengalami jangkitan penyakit dengan kerap seperti demam yang berpanjangan.
- Anemia - Disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang baik, pesakit mungkin akan mengalami anemia dimana ianya boleh membawa kepada kesukaran bernafas dan pucat.
- Gejala lain - pesakit juga mungkin akan selalu mengalami loya, demam, menggigil, berpeluh malam, selesema, penurunan berat badan, sakit tulang dan sendi serta mudah letih. Sakit kepala di kalangan pesakit leukemia pula mungkin disebabkan oleh sel-sel kanser telah menyerang sistem saraf pusat.
USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
Penurunan berat badan
Penurunan berat badan pada pesakit leukemia disebabkan oleh pembengkakan hati (hepatomegaly) atau pembengkakan limpa (splenomegaly), ada yang berpendapat bahawa pembengkakan hati menjadikan pesakit mudah berasa kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit, faktor tersebut merupakan menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.
Kesemua gelaja-gelaja ini mungkin disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain juga, oleh itu sebarang bentuk pengesahan hanya boleh disahkan selepas ujian perubatan dijalankan.
Penyebab leukemia
terdapat beberapa penyebab leukemia yang dikenalpasti, antaranya adalah:
- HIV - mereka yang mempunyai penyakit HIV berkemungkinan akan membina leukemia di dalam tubuh mereka kerana tubuh sudah rapuh berikutan dengan serangan virus yang melumpuhkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.
- Pendedahan kepada bahan petrokimia atau benzin - pekerja yang berkerja pada sektor petroleum yang berurusan terus dengan bahan petrokimia dalam tempoh masa yang lama dilihat sangat berisiko di dalam membina leukemia pada tubuh mereka, oleh itu ujian saringan kesihatan biasanya dibuat dengan kerap terutama bagi mereka yang bekerja di dalam sektor ini.
- Alkylating - agen kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser. Jika pesakit pernah menjalani rawatan kemoterapi bagi rawatan kanser sebelum daripada ini, maka risiko berkemungkinan untuk membina leukemia di dalam tubuh disebabkan oleh alkylating adalah tinggi. (rujukan)
- Jangkitan daripada ibu kepada janin - jika ibu tersebut mempunyai leukemia, maka janin yang dikandung itu juga berkemungkinan akan mengidap leukemia, namun kes ini amat jarang berlaku.
- Faktor genetik - terdapat beberapa kajian yang dijalankan mendapati jika seseorang itu mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengidap leukemia, maka dia juga berisiko tinggi untuk mendapat leukemia. Penggunaan ubat atau herba yang bersesuaian dapat mengurangi risiko tersebut.
- Sindrom down - mereka dengan sindrom down mempunyai risiko yang tinggi untuk membina leukemia di dalam tubuh berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sindrom down. Penyelidik mengatakan bahawa mereka dengan sindrom down yang mempunyai kromosom yang tidak normal mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi bagi mendapat penyakit ini.
- Pewarna rambut dan merokok juga dilihat menjadi punca utama kepada permasalahan leukemia.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.