Mengapa Kanser Sukar Diubati? - Kanser - antara punca, penyebab, kos serta cara yang biasa diguna bagi merawatnya.

Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pembelian melalui sistem ecommerce rasmi atau Whatsapp HQ: 010-902 7915
|
Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Mengapa kanser sukar dirawat?
Antara yang perlu difahami berkaitan dengan kanser adalah, kanser merupakan mutasi sel normal yang biasanya terjadi pada manusia mahupun binatang, kebanyakkan daripada kes mutasi sel yang terjadi di dalam tubuh akan dikesan dan dibaiki secara semulajadi oleh sistem tubuh itu sendiri, walau bagaimanapun pada kes kanser, ianya tidak dapat dikesan oleh tubuh dan mampu menjangkiti tisu normal yang berada di sekelilingnya malah lebih menggerunkan lagi ia berupaya merebak (metastasis) kepada organ yang lebih jauh, kanser yang merebak ini mempunyai daya pertahan yang kuat dan hampir tidak dapat dirawat. Kanser merupakan sejenis penyakit yang sangat kompleks, ia merupakan penyakit yang mempunyai lebih dari 100 jenis dan sehingga sekarang masih belum ada rawatan yang mampu merawat kesemuanya. Bagi kebanyakan kanser, rawatan seperti pembedahan untuk membuang ketumbuhan disamping kimo dan ratioterapi digunakan bagi merawat sisa sel yang masih tertinggal. Hormon terapi, imunoterapi serta rawatan target juga turut digunakan untuk merawat beberapa jenis kanser tertentu, namun tidak ada jaminan bahawa kesemua kaedah ini berkesan, terdapat banyak kes dimana pesakit meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan rawatan.

Kanser telah dikaji di seluruh dunia bagi mencari rawatan serta kaedah terbaik bagi merawatnya, walau bagaimanapun, sel kanser yang berada di luar tubuh seperti yang berada di dalam makmal tidak sama dengan sel yang sedang aktif di dalam tubuh, ubatan yang berkesan pada sel kanser yang berada di luar tubuh kadang kala gagal memberikan kesan apabila disuntik kedalam tubuh pesakit, ini menyebabkan kebanyakan daripada usaha bagi merawat kanser menemui kegagalan. Kebanyakan daripada kanser yang agresif pula mampu berkembang dengan pecahan sel baru yang lebih kompleks, ia tidak lagi kalah kepada ubatan yang digunakan sebelum ini menyebabkan ubatan baru perlu dicipta baru merawat "klon" yang baru wujud ini.


Kanser merupakan penyakit yang terjadi disebabkan oleh mutasi selain pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kanser dan kemampuanya
Kanser merupakan penyakit yang mempunyai kemampuan berada di dalam tubuh pesakit dalam tempoh masa yang lama, ini disebabkan oleh kanser mempunyai kemampuan untuk saling berhubung diantara mereka dan mampu meminta pertolongan daripada sel normal di sekeliling mereka. Sel kanser boleh mendorong sel normal untuk membentuk saliran darah untuk tujuan membekalkan makanan dan juga untuk saluran sisa buangan. Kanser juga mampu mengawal sistem pertahanan badan untuk tidak bertindak keatasnya. Kanser mampu untuk menyerang kali kedua, sebarang sisa sel yang tidak musnah mampu tumbuh kembali untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, keadaan ini dapat terjadi walaupun dengan stem sel yang paling halus.

Kanser dan rawatan pelengkap
kita sebenarnya telah mempunyai kaedah yang dapat mengurangkan kesan serangan kanser, selain dapat mencegah daripada merebak ke sel normal yang lain, penggunaan herba pelengkap seperti keladi tikus dilihat berupaya meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh daripada penyakit yang boleh membawa maut ini namun, ianya juga turut bergantung kepada tahap kanser itu sendiri. Penggunaan herba yang telah dikaji oleh USM dan UPM ini merupakan salah satu daripada cara untuk merawat kanser secara semulajadi tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. Penggunaan herba yang turut dikenali dengan nama Typhonium flagelliforme dalam bahasa saintifiknya mampu mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai bagi kanser untuk berkembang, kandungan mekanisma pertahanannya yang dikenali dengan Ribosome inactivating protein dapat merawat sel kanser terus dari akar sel, sekaligus merencatkan pertumbuhan sel kanser yang kebanyakannya tidak terjejas dengan kaedah rawatan biasa. Penggunaan herba keladi tikus dilihat menjadi pilihan selepas kemampuannya merawat walaupun ada pengguna yang sudah berada pada tahap empat. Journal perubatan berkaitan sila klik baner di bawah.

Penggunaan herba ini telah melangkaui beberapa negara seperti Brunei serta Singapura, walaupun ia merupakan tumbuhan semak yang mungkin dapat ditemui di beberapa persekitaran lembab seperti di tepi paya dan sungai namun, tidak ramai yang benar benar mengenalinya, menyebabkan penggunaannya tidak begitu meluas sehinggalah pada awal tahun 90'an. Herba keladi tikus ini memiliki rupa bentuk yang seakan-akan Typhonium roxburghii, sejenis tumbuhan keladi yang memiliki tahap racun yang tinggi, oleh yang demikian adalah amat penting bagi mereka yang ingin menggunakan herba ini dalam bentuk mentah membuat pengesahan terlebih dahulu dengan mereka yang benar-benar arif sebelum menggunakannya, kerana dikhuatiri jika menggunakan pokok keladi yang salah akan mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini.


USM temui keladi tikus ubat kanser (Arkib negara) 17/8/1998 Kredit: Universiti Sains Malaysia

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content