Perbezaan Fibroid Dan Cyst - Kanser - antara punca, penyebab, kos serta cara yang biasa diguna bagi merawatnya.

Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pembelian melalui sistem ecommerce rasmi atau Whatsapp HQ: 010-902 7915
|
Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Fibroid dan Cyst: antara perbezaan
Pertumbuhan yang terjadi pada ovari boleh hadir dalam pelbagai bentuk, walaupun ianya kelihat sama dan menghasilkan beberapa tanda atau simpton yang sama, tetap akan ada perbezaan, di sinilah pentingnya bagi pesakit memahami setiap karakter antara keduanya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai setiap satu dan cara yang akan digunakan bagi merawatnya.

Cyst dan Fibroid
Kedua-dua penyakit ini mungkin pernah didengari oleh ramai orang walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri, keduanya mempunyai ciri yang sangat berbeza. Fibroid - berkembang di dalam rahim manakala cyst pula - berkembang di sekitar ovari (bahagian atas rahim) posisi pertumbuhan inilah yang membezakan antara fibroid dan juga cyst. Cyst merupakan kantung yang berisis cecair yang tumbuh dan berkembang pada bahagian luar ovari, manakala fibroid pula merupakan ketumbuhan yang tumbuh di dalam atau di luar dinding rahim.

Sebilangan besar wanita boleh mendapat serangan dua jenis penyakit ini sepanjang kehidupan mereka, dan kebanyakannya tidak menyedari bahawa cyst atau fibroid sudah pun ada di dalam perut mereka, disebabkan inilah pentingnya pemeriksaan kesihatan bagi menilai kesihatan rahim dan ovari mereka. Pertumbuhan ini pada peringkat awal tidaklah memberi kesan yang serius kepada permasalah kesihatan namun jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan bagi merawatnya boleh menyebabkan komplikasii kesihatan yang serius yang berkemungkinan boleh membawa kepada keperluan rawatan perubatan yang lebih agresif.



Punca cyst dan fibroid
Cyst merupakan produk sampingan yang terhasil daripada kitaran haid wanita dan ianya mungkin juga terjadi disebabkan oleh fungsi folikel yang salah. Ketidakseimbangan hormon, kehamilan, endometriosis serta sejarah perubatan cyst yang lampau boleh meningkatkan kemungkinan serangan cyst pada masa hadapan.

Penyebab fibroid pula masih kurang jelas, namun ianya sangat dikaitkan dengan keturunan, lebihan berat badan (obesiti) masalah pemakanan dan juga ketidakseimbangan (lebihan) hormon.

Rawatan
Kebanyakan daripada cyst akan hilang dengan sendirinya, disebabkan keadaan inilah ramai daripada doktor akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai simptom atau komplikasi yang serius. Walaupun begitu sekiranya keadaan mendesak, doktor akan memberi ubat untuk menyekat pengeluaran cyst yang baru yang boleh memburukkan lagi keadaan. Cyst perlu dibuang melalui kaedah pembedahan, disebabkan itulah kebanyakan daripada doktor akan menilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Pembedahan membuang ovari yang mengandungi merupakan jalan terakhir.

Fibroid pada rahim yang teruk memerlukan pesakit menjalani proses histerektomi - sejenis pembedahan khusus bagi membuang rahim, ia mungkin melibatkan pembuangan serviks atau ovari (oophorectomy), tiub follopian (salpingectomy) atau struktur sekitar rahim yang lain, pembedahan ini mungkin dilaksanakan separa atau penuh, bergantung pada keperluan dan keadaan pesakit.

Fibroid: kesan terhadap kesuburan
Sekiranya fibroid itu mempunyai saiz yang besar, atau mungkin berada pada lokasi tertentu di dalam rahim, kehadiran mereka boleh mempengaruhi kesuburan seseorang yang boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Cyst juga sering dikaitkan dengan sub-fertiliti, bergantuing kepada jenisnya. Cyst endometriotik yang terjadi pada tisu yang melapisi rahim boleh menyebabkan kemandulan, walaubagaimanapun, terdapat jenis cyst yang lain seperti cyst fisiologi yang biasanya hilang selepas beberapa kitaran haid dan biasanya tidak mempengaruhi kesuburan kecuali jika mereka bertambah besar. Pencegahan awal adalah dengan mengekalkan berat badan, makan makanan yang sihat serta mengamalkan herba yang bersesuaian dilihat boleh menurunkan risiko terjadinya fibroid dan cyst.


Penggunaan herba keladi tikus dapat mengecutkan pertumbuhan fibroid dan cyst serta beberapa jenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kanser dan ketumbuhan. Tesis serta jurnal lengkap klik di sini

Back to content